Jumat, 13 April 2012

1000 KATA - KATA CINTA

 Tuhan memberi kita
dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah
sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air
mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.” 

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak
dapat melupakannya. 

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. 

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. 

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu
harus membiarkannya pergi. 

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu karena satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta
seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata
seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. 

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian
itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya
kerana takut anaknya terpijak. 

Kadangkala kamu
tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah
kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya
tanpa berpatah lagi. 

Jangan kerana cinta, kita
gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita
menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan
titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta,
kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan
akan menjadi indah jika cinta terus bersama. 

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu
bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa
binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana
bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana
sungai mengalir selamanya. 

Cintailah seseorang
itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah
silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. 

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang
gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di
langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat
menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah
sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada
 
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu
tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang
perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada,
jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu 

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan berarti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang
pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. 

Berkemungkinan
apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan
berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. 

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta
ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. 

Seandainya
kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak
mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami 

Siapapun
pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana
cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta
hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta
mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta ! 

Permulaan cinta adalah
membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya
mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. 

Cinta
itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia
laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma
tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah
yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika
ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati.

Kata-kata cinta yang lahir
hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh
jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas
mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. 

Cinta
dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala
penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang
hanyalah melalui kemaafan. 

Cinta umpama bunga
di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk
kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian,
layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati. 

Kamu
tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya 

Satu-satunya
cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar
kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan. (Michael Art)
Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai kesuciannya. 

Bukan laut namanya jika
airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah
terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan
cemburu. 

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai
juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta
sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta








Tidak ada komentar:

Posting Komentar